Susu Kambing GOTMEK Sachet - Strawberry (21g)


TESTIMONI GOTMEK:

 

Gotmek Susu Kambing diformulasi sesuai untuk semua lapisan umur bermula dari bayi 12 bulan sehingga ke warga tua sebagai makanan/minuman harian.

Susu kambing GOTMEK amat sedap & menyihatkan tanpa gula. Adunan GOTMEK susu kambing yang berkualiti diimport khas dari New Zealand & Holland; formula hebat & berkhasiat untuk anda sekeluarga.

Susu kambing GOTMEK diperkaya dengan ekstrak badam, ekstrak delima, ekstrak gam arab (manna) dan ekstrak kismis.

Formulasi Gotmek diperbuat 100% TANPA pengawet, maltodextrin, tanpa anti-caking, bahan sintetik mahupun sebutir gula.

Kenapa perlu pilih Gotmek?

Menggunakan bahan-bahan semulajadi berkualiti premium

Susu kambing mengandungi kandungan nucletiodes, asid sialic dan taurine secara semulajadi yang amat penting untuk perkembangan kanak-kanak mahupun dewasa. Kandungan kalsium yang tinggi menjamin kesihatan tulang yang baik.

Bahan-bahan semulajadi di dalam Gotmek mudah diserap oleh usus badan, menjadikan pengguna mendapat manfaat penuh dari setiap cawan yang diminum.

Susu Kambing Gotmek berbentuk serbuk mampu larut dalam apa-apa suhu air termasuk air sejuk berais (antara indikator bebas bahan sintetik serta anti-caking) menjadikan Gotmek ini travel friendly kerana mudah dibancuh di mana-mana.

Mudah dihadam perut

Susu kambing Gotmek membentuk pejal (solid) yang lebih lembut di dalam perut dan lebih mudah dicerna berbanding susu lembu yang membentuk pejalan yang padat. Susu Gotmek dapat dicerna 3 kali ganda lebih cepat berbanding susu lembu, menjadikan susu Gotmek selesa untuk perut pengguna daripada bayi, warga tua mahupun ibu yang sedang mengandung.

Mengurangkan alahan & Lactose intolerance

Susu Gotmek mengandungi allergen lebih rendah berbanding susu lain dalam pasaran, menjadikan individu dengan alahan susu atau lactose intolerance lebih mudah menghadam dan sesuai minum susu kambing Gotmek tanpa reaksi yang tidak diingini pada badan.

Menambahbaik kesihatan perut

Susu kambing Gotmek mampu mengurangkan risiko masalah perut seperti muntah, cirit birit dan sakit perut kerana Gotmek memelihara fungsi “Gasrointestinal tract barrier” di dalam perut. Prebiotik dalam Gotmek membantu perkembangan probiotik semulajadi dalam perut. Tambahan, melalui bahan-bahan superfood yang terkandung di dalam Gotmek akan membantu pemuliharaan sistem usus perut sekaligus menambahbaik kesihatan perut.

Superfood yang terkandung dalam Gotmek

Ekstrak badam kaya dengan zat besi, vitamin A, B6, & E, kalsium, asid folik and riboflavin. Selain serat dan lemak yang baik untuk kesihatan, ekstrak badam juga amat baik untuk menguatkan rambut & mencantikkan kulit.

Ekstrak delima mempunyai khasiat nutrien yang luar biasa. Kaya dengan fiber, protein, vitamin C & K, folat, potassium untuk kesihatan tubuh. Kadar anti oksidan yang tinggi terbukti secara saintifik membantu mengelak perkembangan sel kanser.

Ekstrak Gam Arab kaya dengan fiber boleh-larut yang membantu sistem penghadaman & mengelakkan  sembelit. Dikategorikan sebagai prebiotik yang meningkatkan penghasilan bakteria baik (probiotik) untuk menguatkan sistem imun badan, dan menyihatkan.

Ekstrak kismis kaya dengan zat besi, vitamin serta mempunyai kadar katesin tinggi yang bertindak sebagai anti oksidan dalam darah. Kismis juga amat baik untuk membantu sistem penghadaman & mengawal paras sihat gula dalam darah.

 Sebarang soalan boleh hubungi: gotmeksusukambing@gmail.com



Related Items